KIZT

KEMPEN IKLAN ZAHIN TRAVEL

Program Pembelian Iklan Oleh Zahin Travel

Aktiviti Jualan Tanpa Pemasaran


  1. Penyertaan PERCUMA dan terbuka untuk ejen Zahin Travel sahaja.
  2. Kos iklan akan ditaja sepenuhnya oleh Zahin Travel. Walaubagaimanapun, ejen perlu melanggan aplikasi Privyr secara bulanan bagi tujuan pengurusan agihan leads.
  3. Ejen bebas untuk menarik diri daripada program pada bila-bila masa dengan tidak membayar langganan Privyr pada bulan berikutnya.
  4. Aplikasi Privyr merupakan produk perisian pengurusan leads yang dibangunkan di Singapura. Ia bukan milik atau diuruskan oleh Zahin Travel Sdn. Bhd. (entiti syarikat berasingan).
  5. Semakin kerap jualan yang berjaya dihasilkan oleh seseorang peserta Kempen Iklan Zahin Travel, semakin banyak leads yang akan diagihkan kepada peserta tersebut. 


TEMPOH PERCUBAAN
30 Hari Penilaian Prestasi

  1. Peserta akan diagihkan leads secara bergilir-gilir secara satu persatu. Bermaksud, peserta yang telah mendapat satu leads, perlu menunggu peserta-peserta lain telah lengkap diagihkan leads terlebih dahulu sebelum tiba giliran penerimaan leads yang baru.
  2. Purata agihan sekurang-kurangnya 15 leads atau 30 leads dalam satu bulan bergantung kepada permintaan semasa dalam pasaran pelancongan. Walaubagaimanapun, peserta yang berjaya menghasilkan jualan akan diberi lebih banyak leads mengikut prestasi dalam sesuatu bulan tersebut.
  3. Selepas 30 hari tamat, peserta boleh menarik diri daripada program Kempen Iklan Zahin Travel dengan tidak menyambung bayar langganan Privyr.
  4. Sekiranya peserta berpuas hati dengan prestasi Kempen Iklan Zahin Travel dan berminat untuk terus berada di dalam program, peserta perlu menggunakan kad SIM telekomunikasi yang disyorkan oleh Zahin Travel. Kad SIM tersebut perlu digunakan sebagai medium utama komunikasi dengan leads / prospek / pelanggan dan tidak boleh dicampuradukkan dengan bisnes jenis lain melainkan pakej percutian Zahin Travel sahaja.
  5. Kad SIM boleh dibeli melalui eBook Panduan Ejen Pelancongan pada harga serendah RM19.50 dengan tambah nilai minimum RM35 sebulan.


PERLINDUNGAN MAKLUMAT SULIT
Akta Perlindungan Data Peribadi


  1. Peserta Kempen Iklan Zahin Travel adalah bertanggungjawab untuk melindungi butiran peribadi setiap leads / prospek / pelanggan.
  2. Setiap maklumat peribadi yang dijana melalui Kempen Iklan Zahin Travel adalah hanya untuk pengetahuan peserta yang menerima data tersebut, Zahin Travel Sdn. Bhd. dan penyedia perkhidmatan pelancongan di lapangan sahaja.
  3. Peserta tidak boleh menyebarkan maklumat peribadi tersebut seperti nama, nombor telefon, emel, nombor kad pengenalan, nombor atau gambar passport dan lain-lain data peribadi yang dianggap sulit.
  4. Dengan menyertai program Kempen Iklan Zahin Travel, peserta adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi yang diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.


TAHAP PENGALAMAN
Sesiapapun Boleh Jana Pendapatan Dalam Industri Pelancongan


  1. Zahin Travel telah membuat percubaan untuk menguji keberkesanan Kempen Iklan Zahin Travel terhadap 4 ejen baru.
  2. 4 ejen tersebut langsung tidak memiliki latar belakang dalam jualan pelancongan dan baru sahaja menyertai Zahin Travel sebagai ejen pelancongan.
  3. Apa yang Zahin Travel sediakan hanyalah jawapan kepada setiap pertanyaan prospek terhadap ejen-ejen baru tersebut.
  4. Lama-kelamaan, ejen-ejen tersebut terhafal dengan sendiri jawapan kepada setiap pertanyaan berulang daripada prospek.
  5. Peserta Kempen Iklan Zahin Travel hanya perlu memastikan boleh membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dan tidak menggunakan trengkas (shortform) terlalu berlebihan semasa berhubung dengan leads / prospek / pelanggan.
  6. Berikut merupakan pencapaian ejen-ejen baru tersebut sejak Ogos 2025 hingga November 2025.


OGOS 2025
Jumlah Jualan: RM5,047.00




SEPTEMBER 2025
Jumlah Jualan: RM8,533.00




OKTOBER 2025
Jumlah Jualan: RM76,416.00




NOVEMBER 2025
Jumlah Jualan: RM37,144.00




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kempen Iklan Zahin Travel
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Masukkan ID ejen anda. Penyertaan terbuka untuk ejen Zahin Travel yang berdaftar sahaja.
Tandakan kesemua berikut. Dengan menyertai program Kempen Iklan Zahin Travel, peserta dianggap bersetuju dengan segala terma & syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Selepas 30 hari, jika ingin menyambung penyertaan di dalam program Kempen Iklan Zahin Travel, ejen perlu membeli kad SIM yang disyorkan oleh Zahin Travel dan membuat tambah nilai bulanan. Kad SIM tersebut wajib digunakan untuk menguruskan agihan leads yang diterima melalui aplikasi Privyr.


Maklumat Peniaga

Zahin Travel Sdn. Bhd.
admin@zahintravel.com
+60173165822
WhatsApp